twitter

OB boleh jadi Orang Besar, boleh jadi juga Orang Berhormat atau bisa saja Orang Berketurunan atau apa saja yg difikirkan sesuai sajak Sakaratul maut dendangan dinie...
seorang OB rebah di kamar mandi....

Apa yang ingin dikongsi ialah berkeperluan sangatkah escort para VVIP sehingga banyak kemalangan berlaku disebabkan perkara ini. Jika diimbau zaman nabi tidak ada satu hadith pun yg menyatakan nabi ada escort malah nabi melarang menyediakan tempat untuknya dlm sesuatu majlis.
Mulia sangatkah VVIP itu Berbanding kekasih Allah?
Semoga VVIP itu mendapat petunjuk dan berubah sebelum kematiannya....

Kisah bermula apabila aku bergerak pulang dari kampung usai menziarahi kekasihku dikampung. Bersama dua askarku aku bergerak melalui laluan kota tinggi ke mersing. Selalunya aku melalui laluan Segamat. Tiba di satu selekoh tiba-tiba muncul kereta peronda tanpa siren dari arah bertentangan dan telah masuk ke sebahagian laluan kami dan mengarahkan kami ke tepi. Ini memaksa pemandu lori brek secara mengejut. Apa lagi kereta jenis honda dibelakang lori pun berhenti secara mengejut..menyebabkan kereta proton juga brek mengejut namun tak sempat lalu menyodok belakang honda.kemudian harier pula sodok belakang proton dan kia spectra langgar belakang harier. Namun VVIP tersebut lalu dgn selesa tanpa menyedari kejadian tetsebut. Yang lebih dikesalkan ialah dahlah kereta kenai baiki kena saman pulak tiga ratus yg bukan kita penyebabnya. Jadi saya berdoa agar Allah memberi petunjuk agar VVIP tersebut sedar dan bertaubat sebelum mati . Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

Tuesday, June 19, 2012 | 0 comments | Labels:

0 comments:

Post a Comment