twitter

Indahnya Hidup Bersama Ilahi - Nadamurni


Alangkah indah hidup ini
Hidup bersama ilahi
Kehendak Allah dipatuhi
Pandai menerima dariNya

Bijak menggunakan nikmatNya
Ia dianggap ibadah
Semua diberi pahala
Tarbiah Allah berhikmah

Sabar dengan Ujian
Tanpa hisab akan diganjari
Nikmat yang diberi
Memudahkan untuk berbakti

Merasai pemberianNya
Itulah tanda bersyukur
Akan ditambah lagi
Nikmat yang diberi

Tersiksa bermujahadah
Kerana ingin menempuh jalan
Untuk menuju Allah
Panduannya Allah tunjukkan

Korban harta fisabillillah
Agar berdaulat kalimatullah
Setiap satu kebajikan
Tujuh ratus digandakan

Tawakkal kepada ilahi
Terutama mengenai rezeki
Tanpa ragu-ragu walaupun sedikit
Ada jaminan pembelaan dariNya

Bila takwa pakaian kita
Urusan kita dimudahkan
Kerana kita sudah menjadi hliLlah
Begitu indah hidup bersama tuhan

p/s : jazakallah Yashurr Yazurry untuk video

Monday, January 30, 2012 | 0 comments | Labels:
Sifat Mahmudah - Hijjaz


Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

IKHLAS itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama
Nista dan puji tiada berbeza

Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

REDHA sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira
Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah tuhannya
Kerna menerima anugerah tuhannya

Sifat SABAR sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa
Tapi dapat ditahan perasaannya
Hanya bermain di dalam sahaja
Di luar tidak nampak terang nyata

Inilah sebahagian sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita
Susah dimiliki payah dijaga
Hanya yang punya
Yang bermujahadah

Thursday, January 26, 2012 | 0 comments | Labels:

Pesan Murabbi

"Sesungguhnya ramai yang mampu berkata-kata, tetapi sedikit daripada mereka yang mampu bertahan dalam beramal dan bekerja.
Ramai pula yang sedikit itu yang mampu bertahan dalam beramal dan sedikit daripada mereka yang mampu memikul beban jihad yang sukar dan berat.
Para mujahidin ialah angkatan terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong Allah (ansorullah). Adakalanya mereka tersilap tetapi akhirnyamenepati tujuan sekiranya diberi inayah dan hidayah oleh Allah."
Friday, January 20, 2012 | 0 comments | Labels:

Salam,

Mari kita kenali Maksiat Batin atau lebih mudah faham maksiat di dalam hati agar mudah untuk kita jauhi.

Wahai pencinta akhirat ....
Sesungguhnya maksiat yang batin itu adalah semua perangai yang jahat serta sifat-sifat tercela. Sesungguhnya sifat-sifat itu amat banyak dan yang disebut oleh Imam Al-Ghazali dalam kitabnya arba'in fi usulludin ada sepuluh iaitu :
  1. sangat gemar kepada banyak makan
  2. sangat gemar kepada membanyakkan perkataan
  3. marah
  4. hasad /dengki
  5. bakhil dan kasih kepada harta
  6. kasih kepada kemegahan
  7. kasih kepada dunia
  8. takbur
  9. 'ujub
  10. riya'
Dan wajib bagi mereka yang mukallaf dan akil baligh yang berkehendakkan kebaikan di akhirat menyucikan hati mereka daripada sifat-sifat tercela tersebut berdasarkan maksud firman Allah:
"sesungguhnya telah mendapat kejayaan bagi mereka yang menyucikan hati mereka daripada sifat tercela itu."

sumber : Hidayatus Salikin
Sunday, January 15, 2012 | 0 comments | Labels: