twitter


Para lelaki amat-amat mendambakan isteri yang solehah. Namun pengertian isteri solehah terlalu umum untuk difahami.

Seringkali juga para wanita akan cuba membela sementelah mereka saja yang perlu solehah jadi yang si lelaki bagaimana???

Dalam rasa ketidak adilan ini mari kita lihat hadith dari nabi (saw):

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Berdasarkan hadith ini tidaklah lelaki itu sekadar sewenangnya mendambakan isteri solehah tetapi bagi wanita kalau menjadi solehah mendapat dua keuntungan satu untuk dirinya dan satu lagi buat suami tercinta.......wujud?

Lantas bagaimana ciri isteri solehah???? lihat pada hadis berikut:

Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim)

serta banyak lagi hadis-hadis yang lain.

Natijah jika tidak menjadi solehah???

Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Maka kaedah yang paling mudah ialah buat apa sahaja suruhan suami selagimana tidak melanggar syariat Allah asalkan suami redha dan tinggalkan apa saja yang pinta ditinggalkan oleh suami selagimana tidak melanggar syariat Allah asalkan suami redha walaupun dalam perkara kecil.

Natijah baik yang akan wanita solehah dapat sebagaimana dijanjikan oleh baginda ialah:

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)


Jadi apalah sangat keseronokan dunia yang sedikit yang dikejar jika melukakan hati suami yang bakal menghalang masuk ke dalam syurga adalah lebih elok ditinggalkan.

p/s: jom sama-sama fikirkan.....
Thursday, April 19, 2012 | 1 comments | Labels:

1 comments:

  1. Intan SRM
    April 20, 2012 at 2:03 AM

    salam ziarah
    terima kasih atas peringatan yang sanagt membina ini

Post a Comment