twitter


Salam eiduladha
kullu am wa antum bikhair
Sama-sama kita mendoakan para jemaah haji seluruh dunia akan mendapat haji yang mabrur.

Hari ada lembu-lembu yang akan menjadi korban. semoga setiap korban penuh keikhlasan dan diterima Allah...Amin


p/s:abah dan mak balik 12 November 2011
Saturday, November 5, 2011 | 0 comments | Labels:
Alahai sedapnya nasi goreng

Bahan-bahan:
Beberapa ulas bawang
Beberapa ekor ikan bilis
Beberapa ulas nasi ikut keperluan
Sedikit minyak masak Alif

Cara-cara:
  1. Dengan penuh keikhlasan dengan Taawuz dan basmalah kupas bawang dan hiris nipis-nipis. Pastikan hati tenang dan gembira dapat masak untuk keluarga
  2. Sambil tersenyum tenang basuh ikan bilis sehingga bersih sesuci hati yang ikhlas tadi.
  3. Tumpukan perhatian kepada kuali dengan minyak yang dah panas masukkan bawang. Abaikan segala riuh rendah gaduh dan rengek anak-anak untuk hasilkan masakan yang sedap.
  4. Masukkan pula ikan bilis dan kacau
  5. Dengan penuh tenang dan lapang dada sambil mulut tidak henti-henti berselawat kepada Baginda Muhammad masukkan nasi yang telah dilerai-leraikan.
  6. Gorenglah nasi dengan niat yang ikhlas dan penuh ketenangan sehingga nasi goreng masak.
  7. Hidanglah nasi tersebut insyaAllah sedap.

Selamat mencuba....

P/s: sedap nasi goreng tadi. Jazakallah.....
Tuesday, November 1, 2011 | 0 comments | Labels:




Langkah memuat naik template blogger :

1. Log in ke dashboard Blogger pilih design< Edit HTML

2. Pastikan anda back up template lama anda jika bercadang untuk guna semula. Caranya, klik pada pautan "download full template" dan save pada hard drive anda.

3. lihat bahagian atas di mana anda boleh browse untuk file XML template:

4. Masukkan lokasi template anda dan tekan butang "upload".

5. HTML template baru anda akan dipapar dalam kotak dibawahnya. Anda boleh preview template anda atau save dan boleh mula menggunakannya


6. Selamat mencuba...


Sunday, October 30, 2011 | 2 comments | Labels:

[1]Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
[2]Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
[3]Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, -
[4]Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -
[5]Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
[6]Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
[7]Dengan sebab ia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
[8](Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali (untuk menerima balasan).
[9]Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang) -
[10]Seorang hamba Allah apabila ia mengerjakan sembahyang?
[11]Adakah engkau nampak (buruknya) jika ia berada di atas jalan yang betul? -
[12]Atau ia menyuruh orang bertaqwa (jangan melakukan syirik)?
[13]Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika ia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta ia berpaling ingkar?
[14]Tidakkah ia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
[15]Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika ia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam neraka), -
[16]Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
[17]Kemudian biarlah ia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya),
[18]Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya)!
[19]Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya, dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!

p/s : gambar ambil dari
http://psyk0p4tx.blogspot.com
Saturday, October 29, 2011 | 0 comments | Labels: