LONDON:
Seorang lelaki genius yang memiliki 11 ijazah universiti dan boleh
bercakap lima bahasa dengan lancar, bekerja sebagai pengawal lalu lintas
di sebuah sekolah.
Dr Bruce Berry adalah antara orang paling pintar di Britain.
Tetapi,
selama lima hari seminggu, dia mengayuh basikal sejauh enam setengah
kilometer untuk membantu kanak-kanak sekolah menyeberang jalan. Bruce,
70, yang memperoleh ijazah Doktor Falsafah dengan tesis 425 muka
mengenai penulis kelahiran Russia, Andrei Makine, berkata: “Saya gemar
berusaha mendapatkan ijazah. Tetapi saya ingin melakukan sesuatu untuk
masyarakat. Saya seronok dapat membantu memastikan kanak-kanak selamat
ketika pergi dan balik sekolah.
”
Selain PhD, Bruce mempunyai tiga Ijazah Sarjana Muda, tujuh Ijazah
Sarjana dan lancar bercakap bahasa Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol dan
Russia.
Berry
yang masih bujang dan berasal dari Sharlston, West Yorks, mula bekerja
sebagai kerani pejabat pos dan belajar ketika mempunyai waktu terluang
sebelum menjadi penterjemah.
Bruce
menerima gaji sebanyak RM1,000 sebulan untuk mengawal lalu lintas di
luar Sekolah Crofton, Wakefield, tempat bapanya pernah mengajar.
“Saya merasakan diri saya sebahagian daripada keluarga di sana,” katanya. - DM
kongsi dari blog : CINA ISLAM
0 comments: